Peranan dalam cerita Draco_Malfoy

Draco merupakan kaki buli yang sering ditemani pengikut Slytherinnya yang selalu menuruti katanya, Vincent Crabbe dan Gregory Goyle. Adakalanya, beliau turut didampingi Pansy Parkinson, gadis Slytherin yang sebaya dengannya.

Draco amat gemar mempersendakan Ron Weasley kerana kemiskinannya dan mengeji Hermione Granger dengan panggilan “Darah Lumpur” kerana beliau yang berkelahiran Muggle.

Beliau memegang posisi Seeker bagi pasukan Quidditch Slytherin, dan bapanya telah menyumbang tujuh penyapu Nimbus 2001 kepada pasukannya. Beliau dimerupakan pelajar kegemaran Severus Snape, guru Posyen di Hogwarts. Dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix, Draco menyertai Skuad Penyoal Siasat dan memainkan peranan penting dalam pembongkaran aktiviti Tentera Dumbledore.

Dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan,Draco telah membantu beberapa ahli Death Eater menyelinap masuk ke Hogwarts.Beliau juga terlibat dalam pertarungan di menara Astronomi kerana beliau ditugaskan untuk membunuh Pengetua Hogwarts,Albus Dumbledore.Tetapi,beliau berasa takut.Akhirnya,Profesor Severus Snape yang membunuh Albus Dumbledore dengan menggunakan salah satu daripada sihir Tak terampun iaitu Avada Kedavra yang merupakan sihir membunuh.Selepas itu,Draco dan Snape dikejar oleh Harry Potter.Namun,Draco berjaya melarikan diri manakala Profesor Snape bertarung dengan Harry.Akhirnya,Snape berjaya meloloskan diri.

Dalam Harry Potter dengan Azimat Maut,rumahnya dijadikan markas Death Eater.Di rumahnya juga berlaku pembunuhan oleh Dark Lord Voldemort ke atas ahli bank Gringgots.Pada pengakhiran buku,Draco dan ibunya,Narcissa Malfoy serta ayahnya Lucius Malfoy mengkhianati Lord Voldemort dan Death Eater seterusnya melarikan diri dalam peperangan Hogwarts kedua.Tindakan itu juga dapat mengelakkan keluarga Malfoy dari dimasukkan ke dalam Penjara Azkaban selepas peperangan.

Draco juga muncul dalam epilog bersama isterinya Astoria Greengrass Dan anaknya Scorpius Malfoy.